Dari Laptop Halimaton.Com

Catatan harian dari halimaton.com..semuanya di sini..

TIPS KECANTIKAN

1. Minum banyak air… minum… minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?!

2. Bersenam! Baik utk kesihatan… elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam… lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan?

4. Tidur yg cukup… Jgn asyik berjaga waktu malam… tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur… Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah… tak payahlah sapu itu ini… cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun… anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin… cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don’t worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?! Mudah bukan… kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!

TIPS KECANTIKAN WAJAH

Secara umum baik wanita ataupun lelaki harus menjaga kulitnya dari berbagai masalah. Tindakan yang patut dilakukan adalah berikut:

• Cuci tangan yang bersih sebelum menyentuh wajah Anda
• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari: Perlu dilakukan di malam hari – walaupun anda tidak ber-makeup, tetapi wajah mudah dinodai. Perlu pula dilakukan pada pagi hari, kerana kulit anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari
• Di malam hari, luangkan waktu untuk mengurut kulit untuk menstimulasi pertukaran sel-sel pada kulit. Urutan lembut selama dua minit dapat menghilangkan keletihan, menenangkan wajah dan memberi kecerahan kulit.
• Lindungi kulit secara kerap.
• Banyakkan minum air putih.

Untuk kulit kering:
• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan
gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka
• Mulailah menggunakan produk perawatan anti-ageing, segera setelah pertanda penuaan muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit Anda (utamanya di area sekitar mata)
• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil

Untuk kulit sensitif:
• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum Anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok
• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kapas muka, kain atau tisu.
• Gunakan spay air, jangan membasuh melalui paip air.

Untuk kulit usia matang:
• Pilihlah produk perawatan kulit anti-ageing tergantung pada keadaan kulit, keperluan dan musim.
• Leher, mata, dan tangan abda boleh mengurangi keindahan penampilan, jadi dapatkan perhatian yang sangat istimewa.
• Di setiap pagi yang menyukarkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang dapat melembutkan permukaan kulit.
• Sering terkena sinar matahari secara langsung, boleh menyebabkan kedut-kedut dan noda di kulit.

Untuk kulit berminyak:
• Lindungi dirimu dari sinar matahari secara langsung, dan penimbunan lemak di kulit wajah
• Jangan mengeluarkan jerawat tanpa sebarang rawatan
• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu

PETUA KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Khasiat Asam Jawa

Tahukah anda bahawa asam jawa yang digunakan dalam menu masakan sehari-hari dapat membantu menjaga kulit wajah? Caranya, ambil kuantiti asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30 minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Insya-Allah jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau bagaimanapun, petua ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Menghilangkan White Head Di Muka

Ambil sebiji telur, asingkan putihnya. Ambil beberapa helai tisu muka dan celupkan ke dalam putih telur tersebut. Selepas itu, tekapkan ke seluruh muka. Apabila telah kering, tarik tisu yang telah melekat di muka tadi. Insya-Allah, white head dan black head akan melekat pada tisu yang telah kering. Jika diamalkan berterusan kulit anda akan menjadi putih berseri.

Elakkan bibir kering dan mengelupas

Anda menghadapi masalah bibir kering dan mengelupas? Sudah tentu anda idamkan bibir yang merah merekah agar tidak berasa sakit ketika menguntum senyuman.

Caranya dengan menggunakan madu asli. Sapukan madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur. Insya-Allah bibir anda tidak akan kering dan menggelupas lagi. Bibir yang pucat tidak bermaya akan bertukar kepada merah merekah. Anda tidak perlu risau tentang kehadiran semut kerana semut tidak akan menghurungi madu asli. Oleh itu sebelum anda sapukan madu pada bibir, pastikan ianya madu asli. Selamat mencuba.

Petua menguatkan gigi

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Oleh itu terdapat petua untuk menguatkan gigi serta mencegah gigi cepat gugur. Semasa anda membuang air besar, hendaklah mengetap atau mengancing gigi ketika meneran. Selain itu elakkan meludah ketika membuang air besar atau kecil. Insya-Allah gigi akan bertambah kuat serta lambat gugur.

Menghilangkan kotoran yang degil

Pakaian anda terkena kotoran-kotoran degil seperti minyak, darah dan dakwat? Sekiranya kotoran degil itu masih baru lagi, masih ada harapan untuk menghilangkan kotoran degil itu dengan menggunakan sabun mandi. Caranya dengan gosokkan sabun mandi pada kotoran-kotoran degil tersebut sebelum anda membasuhnya.

Ingat… jangan basahkan pakaian yang kotor tadi ketika sabun mandi disapu pada kotoran. Biarkanlah semalaman. Selepas itu, basuh pakaian anda seperti biasa dengan memberus pada bahagian yang kotor tadi. Insya-Allah, kotoran degil tersebut akan hilang. Selamat mencuba.